Tuesday, December 6, 2011

OH MY GOD aku update belog !!!!

Assalamualaikum semorang !!!!!


4 bulan lebih tak update belog. Gila ! 


Aku hidup lagi, sihat walafiat. 


Sekarang dah bela diri sendiri, dah kerja, dah boleh bagi duit kat mak abah, dah boleh bayar kereta sendiri, Alhamdulillah


Sekarang juga dah hidup sorang-sorang. Dah takde love u love me lagi dah. Hahaha



Berat badan dah naik sehingga tiada angka di alat penimbang, tahniah !



Muka makin teruk sebab malas cuci muka sebelum tidow



Rambut makin serabut sebab sikat hilang tak jumpe-jumpe



Kereta dah sebulan tak basuh


Sekarang dah tak fobia dengan kucing lagi


ok tu je bye




p/s : I miss u guyz so much ~ heart







Sunday, July 31, 2011

evolusi

salam people :)

aku adalah sangat lama tak update belog
ye, memang aku akui aku sudah lupa akan kewujudan belog ni
maaf

hidup aku boring
jadi aku tak rasa aku perlu share pasal hidup aku yang boring ni
takot nanti korang cakap aku takde life plak
hurm

aku dah ber facebook sejak 3 tahun yang lepas
see aku takde la noob sangat sebab facebook pon mula femes dalam masa 3 4 tahun lepas jugak
mungkin orang tak perasan or mungkin ada yang perasaan
akan evolusi profile picture dari dulu sampai sekarang
mesti banyak perbezaan bukan?

ini evolusi profile pictures aku dari tahun 2011 ----> 2007 (descending order)









apa pendapat korang? pada pendapat aku, aku dulu dulu adalah sangat PONDAN..sekian terima kasih




oh ya, nak makeup macam ni, cantiknyeeeee


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 17, 2011

fullstop

Usah di kesal yang berlaku
Saat ku lafaz kata pemutus
Tiada gunanya segala alasan
Takkan ku berundur walau seketika

Tak perlu merayu pada hati ini
Tak perlu lagi aku menangisi
Takdir menentukan kitakan berpisah
Terimalah hakikat cinta kita

Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Di hiris pilu
Jiwa meronta hiba
Tak bisa putuskan kemahuan hati
Yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah daku dari derita

Usah disebut kisah yang lalu
Tertutup sudah pintu hatiku
Cukuplah bagi ku Tuhan Maha Esa
Hanyalah dia penawarku

Testing

Saje nak testing, letak la gambar sekeping


Tinggal kenangan :(
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 23, 2011

30 Things in 30 Days Challenge

salam people :)

aku selalu ketandusan idea untuk update blog, sangat tandus..kadang-kadang idea tu ade tapi hanya akan jadi draft..menulis sampai tengah-tengah pastu click butang X, semuanya sebab idea lari menghilangkan diri, kadang-kadang rasa fedup..

jadi bila ada benda 30 Things in 30 Days Challenge ni rasa macam oh mungkin belog saya akan sentiasa diupdate hari-hari selama 30 hari..kau tau tak betapa susahnya nak mengekalkan momentum update belog hari-hari ??? ya memang susah tak usah bayangkan..



Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – A picture of your favourite memory
Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 – 5 facts about you.
Day 12 – A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – Who are you?
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 – Something you don’t leave the house without.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Short term goals for this month and why
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days



tengok, list ni macam mengancam juga la kan???? baiklah mari kita setat esok, sekarang nak tdow kejab..ok baiii

selamat hari bapa abah :)

salam people :)

hari ahad lepas abah mengaduh demam-demam, kami ingat kan demam biasa saje..kami bagi abah makan panadol, tapi sampai hari selasa demam abah tak kebah-kebah..tiba-tiba mama perasan kaki abah membengkak, aku mula cemas..aku ajak abah pegi hospital kerajaan..sampai hospital kerajaan, doc check paras gula abah 16 dan doc telah korek bengkak kat kaki abah untuk buang nanah, selepas diberi ubat doc suruh abah balik.

hari rabu abah pergi klinik 1 malaysia untuk dressing kaki dia, hari khamis kelihatan kaki abah bertambah teruk, aku cemas lagi, aku ajak abah pegi swasta pulak..mujur abah setuju, pegi swasta terus kena tahan, jangan cakap banyak, cuma sediakan duit berkoyan-koyan saje..untuk abah takpe lah bergadai apa saje, duit boleh di cari tapi abah mana nak cari T.T

sepanjang abah duduk di hospital, segala hal perniagaan semua diuruskan olah aku dan mama, rupa-rupanya selama ni abah sangat bekerja keras untuk kami semua, abah buat seorang diri tanpa bantuan sesiapa..abah tak pernah menyusahkan mama dan kami adik beradik, walaupun sakit teruk abah tetap senyum bila nampak muka anak-anak dia, abah tetap buat lawak..

abah gigih sangat cari duit untuk isteri dan anak-anaknya..semangat abah sangat kuat, sakit-sakit pun nak pegi kerja, 5 minit nak operation pun tetap teringat tentang kerja..menangis abah takde siape yang tau, gelisah abah takde siapa yang tau, abah tak pernah tunjuk pun masalah diri dia, abah sangat sayang kan isteri dan anak-anaknya, abah la hero aku..

thanks abah sebab ada kt sisi ujie selama ni, ujie doakan abah sihat sentiasa dan Allah SWT akan beri peluang dan rezeki untuk ujie berbakti pada abah mama dan adik-adik, Amin..



mari tengok gambar abah ketika kena admitted hospital columbia :)







seyesly, kami sekeluaga sangat berpuas hati dengan service hospital columbia..dari segi doctor, nurse, staff, cafeteria, facilities, sangat bagus..kepada rakan-rakan ku, bila kerja tolong simpan duet untuk bagi mak bapak masuk columbia kalau saket-saket, sangat bagus service dia, persekitaran pun sangat selesa..nanti aku nak beranak, confirm aku pilih columbia, kekekeke !

p/s : makan pon sedap wei, siap datang tanya "encik, esok nak makan apa untuk breakfast lunch n dinner, kita ayam ayam tandori, ikan stim, chicken chop with brakoli, bla blaa bla blaaaaa "















SELAMAT HARI BAPA ABAH, UJIE , MAMA DAN ADIK-ADIK SAYANG ABAH SANGAT !




P/S : KAWAL KENCING MANIS DARI SEKARANG, JANGAN LEKA !

Tuesday, June 14, 2011

tips untuk kulit tanpa jerawat dan makeup muka menjadi gebu serta natural glowy look :)

salam people :)


semenjak aku praktikal selama sebulan, ramai duk tanya produk-produk yang aku pakai start dari pencuci muka sampai la alat-alat mekap dan juga cara bermekap..yang tak boleh belah jumaat lepas mak cik cleaner mai tepuk bahu aku tanya 'adik pakai bedak apa??bukan cream tau, mak cik nak tanya bedak adik'..aku siap tulis kat kertas jenama bedak serta kod sekali dan suruh dia pegi watson yang dekat tesco tu serta siap bagitau tingat berapa dan kat bahagian mana bedak tu ada =.= hai mak cik, mak cik *geleng-geleng kepala*

so, hari ni aku nak reveal lah produk-produk yang aku guna setakat ini, produk yang so far aku rasa macam superb lah, ekceli la kan, tak payah la nak guna produk mahal mahal tu wei, produk-produk yang aku guna semuanya murah-murah saje tapi takde la cap ayam sampai beli kat pasar malam, hmmmphhhh !

dulu aku dah pernah buat review tentang safi sari mentimun tu kan, ekceli tu pun bagus juga tapi bila umur dah meningkat masuk usia 22 tahun, mahu jugak cuba produk yang setara dengan umur, so, untuk skincare aku guna produk iffah, ala yang abby abadi duk promote-promote tu...haaaa, best wei, sedap je, erk sedap kat sini bukan bermaksud sedap dimakan ye bukan, sedap kat sini bermaksud seronok memakai =.=


so, set skincare iffah ni ada pencuci, gel pengelupasan, toner, krim siang, krim malam..tapi set ni takde scrub so aku pakai scrub st ives yang memang aku pakai dari dulu dulu kala lagi..selain itu, set ini turut mempunyai krim kontur mata, krim malam dan juga serum tapi aku just pakai the basic products saje, itu pon dah ok dah :) yang penting kau kena selalu cuci muka, jangan tidur dengan makeup dan sentiasa pakai toner selepas cuci muka, nescaya jerawat tak akan tumbuh..

sebenarnya kan, boleh saje nak pakai skincare dari jenama-jenama lain, asalkan jangan putus asa dan teruskan memakai sehingga nampak hasil..biasalah hasil dia bukan cepat giler seolah-olah hari ni kau pakai esok muka kau terus putih, kenala sabar..kalau produk yang hari ni kau pakai esok muka kau dah jadi lisa surihani sumpah aku cakap produk tu banyak chemical wei, baik kau stop !

dulu aku pernah try set tia emilia tu, memang putih dengan cepat, kau bayangkan la pek percubaan tu buat muka punggung kuali aku ni jadi putih melepak wei, tanpa pengelupasan pulak tu, gila ke tak??? aku rasa aku pakai setahun jugak tia emilia tu, gila bape banyak chemical yang aku dah tempek atas muka aku wuwuwuwu..mujur la aku sedar di pertengahan jalan lantas mengambil keputusan drastik untuk behenti, mujur takde la banyak sangat jerawat yang naik kat muka tapi muka aku jadi kusam..sangat la tak best !



gambar sebelum pakai tia emilia



gambar selepas pakai tia emilia (tak mekap wei)

so, aku nasihat kan sesiapa nak try tia emilia ni, tak payah la wei, buat rosak muka korang je nanti..pakai je produk yang biasa-biasa janji kau follow step-step dia dari cuci, scrub, toner, moisturizer and sometimes pakai la mask untuk bagi nutrien kat wajah korang tu..pegi ke mana-mana drugstore or beauty outlets, banyak jual mask-mask yang korang boleh pilih korang nak yang macam mana sesuai dengan kulit korang tu ok :)

baiklah tadi set skincare kan, sekarang ni nak reveal macam mana nak dapatkan muka yang gebu serta natural glowy look..senang saje, yang penting kena gigih follow step-step ni hihihi

1. foundation : terdapat banyak jenis foundation yang ada kat muka bumi nih, ada liquid, gel, cream, dan macam macam lagi..tapi, untuk orang yang malas nak touch up macam aku ni, aku prefer guna cream foundation sebab nak apply dia mudah dan cepat kering..so, aku guna naturactor cover face..yang ni memang superb la, secalit saje dah cukup untuk 1 muka, kau tak payah nak pakai tebal-tebal, 1 layer pon dah dapat cover semua cela-cela muka dekat kau tanpa menggunakan concealer.


2. bedak : untuk tampak gebu, sila guna bedak two-way cake kerana compact powder biasa tak boleh jamin muka anda akan nampak gebu..sila jangan riso muka korang takkan jadi tepung gomak punye kalau apply dengan cara yang betul..untuk sapuan yang terbaik dari ladang, aku sarankan korang guna kabuki brush ataupun powder brush, guna span bukan tak bole wei, tapi nanti nampak sangat macam bertempek bedak tu kat muka, guna berus sapuan dia rata dan juga menggebukan muka..tapi sebelum itu basahkan sedikit hujung berus tu, barulah sapu di muka, hasil akan memanh jadi gebu..aku guna two way cake pixy..sangat puas hati dengan bedak ni, aku pernah cuba miyami dulu tapi muka aku nampak kusam la lama-lama, so sekarang ni memang aku stick dengan pixy :)



3. blusher : untuk kesan glowy, sila pilih blusher yang ada shimmer sedikit, pastu tolong jangan beli blusher yang mak aih gila bebi pink, tak akan nampak natural kalu gitu, beli kaler yg nak cokelat-cokelat sikit, barula natural..masa nak sapu blusher pastikan korang senyum sekambing yang mungkin..bia nampak isi pipi tu, pastu sapu kan pelahan-pelan dia atas isi pipi tu, so ini akan membuatkan muka korang nampak glowy ketika korang senyum :) aku guna in2it sheer shimmer blush, aku beli kat watsons harga rm15.90..yang ni memang terbaik, tahan lama..takpun korang boleh beli any baked blusher, kat elianto pon belambak, kaler dia memang shimmery kalau baked type.


4. eyeshadow : untuk natural look aku tak apply 2 0r 3 layer eyeshadow, aku selalu guna 1 layer je, tu untuk everyday makeup routine lah, so, aku guna eyeshadow stage colour cupcakes, warna dia macam baby pink yang shimmery..pakai sedikit saja supaya nampak kesan la di kelopak mata..


5. eyeliner : untuk pemilik mata sembab macam aku, please la gune eyeliner untuk mengaburi mata semua orang kekeke ! eyeliner akan buat mata kita nampak galak, untuk kesan yang lebih dramatis ataupun sebenarnya untuk senang apply la kan, guna gel eyeliner, tak tipu, memang senang berbanding liquid dan hasil gel eyeliner adalah lebih menarik daripada pencil eyeliner..aku pakai silkygirl double intense gel eyeliner


6. mascara : mascara ni boleh pilih mascara ikut suka hati korang, janji ada mascara..aku guna mascara murah je, offer baru rm10 hihi..silkygirl lash prism warna hitam


7. lipliner : tips untuk bibir nampak mungil adalah dengan mewarnakan keseluruh bibir dengan lipliner, sangat berkesan cara ni, kalau xpercaya bole cuba sendiri, namun begitu pilih color yang nude ataupun red brick sebab kedua-dua color ini memang tampak natural sahaja di bibir kita seolah-olah bibir asli, wahhhhhh ayat !


8. lipstick: last sekali adalah liptick, untuk nampak natural, aku suka pilih lipstick yang matte ataupun cream, tak suka yang glossy sebab nanti bibir nampak macam dragqueen huhuhuhu, so, stage, faceshop dan revlon ada banyak pilihan matte lipstick, boleh try usha tengok, aku punya lipstick ada 3 je yang faveret :


so, itu saja tips untuk nampak muka lebih gebu dan natural glowy, tapi kesemua tips ni adalah dari hasil penggunaan aku sendiri la, untuk berkongsi same-same..kalau yang salah tu maafkan la ye, hehe..selamat mencuba :)










Friday, June 10, 2011

keje ke keje laaaa !


salam people,



setiap hari aku akan bangun pagi-pagi dan mengemas katil *ehem* bila katil dah kemas baru la bole gosok gigi cuci muka korek hidung berak dan flush..erk ok lepas dah kemas katil sume aku akan iron baju kurung dan mandi mandi dan minum teh dan pegi kerja .. ok lagak macam bosan pula ayat yang aku taip ni 

baiklah, setiap hari aku akan kua rumah pukul 7.35 pagi, tak bole lambat tak bole cepat sebab aku dah kira kalau aku kuar umah time itu, sume trepik lite akan hijau, dan kadar kelajuan kereta aku haruslah 60km/j sahaja =.=


tapi kan bukan hari-hari aku bangun kul 6.30pagi dan bersiap dengan pantas nya, kadang-kadang bangun pukul 7 pagi lantas bila tengok jam rasa cemas, punch card pukul 8 pagi ok gila nak mampus panik panik sekarang, tapi setakat ini tak pernah lewat lagi lah, ehem maklumlah pekerja praktikal termasyur *tak salah sekali sekala bangga diri*


hari-hari aku pegi keje macam ni la rupenye, kekadang tu selekeh jugak la, dengan baju tak sempat nak gosok wakakaka, tapi takpe tetap kasut nak kena tinggi 3inchi dengan harapan dapat tutup pandangan orang terhadap baju berkedut aku tu *eh, ape kena mengena baju dengan kasut hah???'


nampak tak bangunan berlapis tu???tu la tempat praktikal aku, amacam sacary tak???kekekeke ! taiping ni bandar warisan, so bangunan pun kenala warisan, memang pattern bangunan lama tapi tetap ada lif  =.=

 
so kat sini, aku ditempatkan dekat bahagian OSC - one stop centre.. tugas bahagian aku ni adalah menerima pelan-pelan bangunan-bangunan di kawasan jajahan taiping, so keje aku kan sini adalah tukang tilik pelan-pelan tu pastu sediakan checklist, dan hantar kesemua pelan-pelan tu ke jabtan bangunan, perancang dan kejuruteraan..dengar macam out of course kan sebab aku kan pelajar pengurusan, ape cer duk tilik-tilik pelan, tapi bukannye aku kaji pelan satu-satu, tugas aku macam admin jugak la, uruskan pelan-pelan tu, dan pastikan pelan-pelan tu sampai ke jabatan-jabatan tertentu..

 
lepastu, aku kena key in semua permohonan pembinaan ke dalam portal, di mana setiap hari hampir 50 permohonan yang kene buat, mati tak mati tak ??? 


lepas isi dalam portal, aku kena filing kan kesemua cadangan tu dalam fail-fail yang berkenaan, kalau salah fail , jawab la dengan bos =.="


so, itu la sedikit sebanyak tugasan aku sepanjang praktikal ni, jadi pelajar praktikal kt MPT ni bagi aku fun fun la jugekk sebab leisure time sangat la banyak, sangat relax dan enjoy saje wuwuwuwu


hodoh sungguh gambar card aku, ke memang aku yang hodoh???hahahahah !


ni la meja aku, ehem memang la tak kemas, orang besar macam aku ni nanti adela yang tolong kemaskan, hahaha ok fine tak lawak


tengokla tugasan untuk hari ini, macam ni ke aku kata keje aku relax enjoy???hmmmphhhhhh !!!


everybody say hi to kawan baik aku, dia ni la yang selalu aku kene jumpa masa buat keje -..-'







semalam adalah hari yang horaayyy sebab bos kene pegi tournament sukan, jadi ape lagi marila kita bergembira lalalalalalalalala


my partner in crime, kitaorang pegi beli mask muka sebab sangat tension buat keje sampai muka pon rasa macam kayu saje (T_T)




lepas penat jenjalan kami pegi isi perut kami sebelum balik semula ke ofis sebab takut la jugak ada yang marah kalau balik lewat ke ofis walaupon bos takde









nom nom nom nom nom



on d way balik ofis nampak kereta ni, ape masalah owner keta ni ntah, dah macam jet pejuang aku tengok, mungkin dia jadi extra transformers kot (T_T)



dah la, nak pegi sambung buat, keje, ehem aku kan pekerja yang rajin, ehem aku keje ni free tau tak dapat elaun ehem kau nampak tak keikhlasan aku tuh*



k bai !