Thursday, June 23, 2011

selamat hari bapa abah :)

salam people :)

hari ahad lepas abah mengaduh demam-demam, kami ingat kan demam biasa saje..kami bagi abah makan panadol, tapi sampai hari selasa demam abah tak kebah-kebah..tiba-tiba mama perasan kaki abah membengkak, aku mula cemas..aku ajak abah pegi hospital kerajaan..sampai hospital kerajaan, doc check paras gula abah 16 dan doc telah korek bengkak kat kaki abah untuk buang nanah, selepas diberi ubat doc suruh abah balik.

hari rabu abah pergi klinik 1 malaysia untuk dressing kaki dia, hari khamis kelihatan kaki abah bertambah teruk, aku cemas lagi, aku ajak abah pegi swasta pulak..mujur abah setuju, pegi swasta terus kena tahan, jangan cakap banyak, cuma sediakan duit berkoyan-koyan saje..untuk abah takpe lah bergadai apa saje, duit boleh di cari tapi abah mana nak cari T.T

sepanjang abah duduk di hospital, segala hal perniagaan semua diuruskan olah aku dan mama, rupa-rupanya selama ni abah sangat bekerja keras untuk kami semua, abah buat seorang diri tanpa bantuan sesiapa..abah tak pernah menyusahkan mama dan kami adik beradik, walaupun sakit teruk abah tetap senyum bila nampak muka anak-anak dia, abah tetap buat lawak..

abah gigih sangat cari duit untuk isteri dan anak-anaknya..semangat abah sangat kuat, sakit-sakit pun nak pegi kerja, 5 minit nak operation pun tetap teringat tentang kerja..menangis abah takde siape yang tau, gelisah abah takde siapa yang tau, abah tak pernah tunjuk pun masalah diri dia, abah sangat sayang kan isteri dan anak-anaknya, abah la hero aku..

thanks abah sebab ada kt sisi ujie selama ni, ujie doakan abah sihat sentiasa dan Allah SWT akan beri peluang dan rezeki untuk ujie berbakti pada abah mama dan adik-adik, Amin..



mari tengok gambar abah ketika kena admitted hospital columbia :)







seyesly, kami sekeluaga sangat berpuas hati dengan service hospital columbia..dari segi doctor, nurse, staff, cafeteria, facilities, sangat bagus..kepada rakan-rakan ku, bila kerja tolong simpan duet untuk bagi mak bapak masuk columbia kalau saket-saket, sangat bagus service dia, persekitaran pun sangat selesa..nanti aku nak beranak, confirm aku pilih columbia, kekekeke !

p/s : makan pon sedap wei, siap datang tanya "encik, esok nak makan apa untuk breakfast lunch n dinner, kita ayam ayam tandori, ikan stim, chicken chop with brakoli, bla blaa bla blaaaaa "















SELAMAT HARI BAPA ABAH, UJIE , MAMA DAN ADIK-ADIK SAYANG ABAH SANGAT !




P/S : KAWAL KENCING MANIS DARI SEKARANG, JANGAN LEKA !

1 comment:

Unknown said...

smoga abah cepat sihat uji! ^^,