Sunday, April 3, 2011

cara membuat macarons sendirik

salam semua

suka kan ini ???







tapi nak beli selalu poket tak berapa nak mampu???
jom kita buat sendirik :)

bahan-bahan yang kita perlukan


1. Strainer
2. Parchment paper
3. 100gram Almonds
4. 200gram Powdered sugar
5. 4 tablespoon Granulated sugar (45gram)
6. 100-110 gram Egg whites (lebih kurang 3 biji)
7. Bowls
8. Round tip
9. Piping bag
10. Spatula
11. Stand or hand mixer

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



baiklah, mula-mula kisar almond tu tadi dengan pengisar dan ayak untuk asingkan gumpalan yang tak diperlukan


campurkan powdered sugar bersama-sama almond yang telah dikisar tadi didalam sebuah bekas yang besar. kemudian, mix putih telur sampai kembang dengan mengunakan mixer, setelah putih telur mula foaming (macam buih sabun tu), masukkan granulated sugar sesudu demi sesudu dan mix sampai la dia jadi macam gambar di atas ni..oh ya, korang bole add pewarna yang korang suka semasa mixing ok..then nak tengok sampai bila nak kena mix ialah bila mixture tu jadi macam gambar di atas ni and bila korang pegang bowl tu dalam keadaan tebalik, mixture tu tak meluncur keluar..paham ke tak eh ?? o,o"


ok lepas tu, fold campuran almond yang telah dikisar tadi dengan mixture white egg tu..fold sampai  adunan tu flow macam gambar kat atas ni..kiranya bila kita angkat spatula tu, dia likat macam itu..jangan overmixed sampai keras tau !

pastu masukkan kesemua adunan tadi tu ke dalam piping bag, lepas tu boleh terus pipe ke atas parchment paper tu @ baking sheet..selalunya adunan tu akan terus leper setelah di'pipe'kan ke atas baking sheet jadi ingat ye jangan pipe terlalu besar, about 2,5-3 cm (1 inch) dah mencukupi..


 lepas dah siap pipe sume, biarkan selama lebih kurang 60 minit untuk permukaan macarons tu keras..then, panaskan oven 150 celcius dan bakar selama 10-12minit..pastikan letak di tengah-tengah oven tau..masa minit ke 10 hingga 12 tu, tengok betul-betul keadaan macarons dalam oven tu sebab takut dia turn brown, so tak cantik..korang bole test picit permukaan macarons tu, kalu macam 'wobbles' bila ditekan maknanye tak ready lagi la tu..

ok, bila dah angkat biar macarons jadi sejuk sebelum tanggalkan dari baking sheets tu..ok, kalu proses nak tanggalkan tu jadi susah, bole masukkan kembali ke dalam oven sekejab..then, boleh la pipe inti macarons korang dengan flavor yang korang suke macam jem, buttercreams @ anything..


then serve la untuk diri sendiri dan orang tersayang..oh ya kalau nak lebih jelas boleh tengok video ini





selamat mencuba okay !!!!



sources : CakeJournal, Google dan Youtube

2 comments:

intan.maisarah said...

lapo aku tgk ni

faridah eizzati said...

cik suziana, saya mintak izin copy entry macarons tu ye... thanks :)