Monday, April 4, 2011

hancur lumat

hancur 
hati aku hancur
sebab kecewa dengan kau
mana kau yang aku kenal dulu
yang manjakan aku macam princess
yang bawak aku jalan-jalan tengok lampu
yang sentiasa ceriakan hidup aku
yang jadi kekuatan aku masa aku jatuh
supaya aku dapat bangun semula sampai ke saat ni
yang sentiasa lebihkan aku dari segala benda
yang sentiasa fikir tentang aku
yang sentiasa tunjuk kasih sayang dekat aku
yang jadi tempat aku berkongsi cerita kisah suka duka aku
tempat aku mencurahkan semua idea gila aku


mana??? mana???


apa salah aku sampai kau seksa hidup aku sampai macam ni sekali
aku tak pernah susahkan kau
aku cuma nak bahgia je dengan kau
macam orang lain
kadang-kadang aku cemburu tengok kau bole ketawa riang dengan orang lain
bila dengan aku, aku hadap muka masam kau
dan panas baran kau
orang lain tak nampak sebab aku tak pernah tunjuk
aku malu, aku nak orang tengok kita hepy hepy je
aku nak orang jeles dengan kita sebab kita ni riang gembira seronok ulalalalala
tapi aku silap, disebabkan aku sentiasa pendam
aku jadi seorang yang tak kuat
tak kuat weiiii, aku jadi sangat lemah
airmata aku ni untuk kau lagi murah daripada harga cokelat 2 bijik seposen
sangat murah !

hati aku hancur
jiwa aku lumat
aku tak tau apa salah aku
aku cuma nak happy je dengan kau
tu saje .




Sunday, April 3, 2011

cara membuat macarons sendirik

salam semua

suka kan ini ???







tapi nak beli selalu poket tak berapa nak mampu???
jom kita buat sendirik :)

bahan-bahan yang kita perlukan


1. Strainer
2. Parchment paper
3. 100gram Almonds
4. 200gram Powdered sugar
5. 4 tablespoon Granulated sugar (45gram)
6. 100-110 gram Egg whites (lebih kurang 3 biji)
7. Bowls
8. Round tip
9. Piping bag
10. Spatula
11. Stand or hand mixer

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



baiklah, mula-mula kisar almond tu tadi dengan pengisar dan ayak untuk asingkan gumpalan yang tak diperlukan


campurkan powdered sugar bersama-sama almond yang telah dikisar tadi didalam sebuah bekas yang besar. kemudian, mix putih telur sampai kembang dengan mengunakan mixer, setelah putih telur mula foaming (macam buih sabun tu), masukkan granulated sugar sesudu demi sesudu dan mix sampai la dia jadi macam gambar di atas ni..oh ya, korang bole add pewarna yang korang suka semasa mixing ok..then nak tengok sampai bila nak kena mix ialah bila mixture tu jadi macam gambar di atas ni and bila korang pegang bowl tu dalam keadaan tebalik, mixture tu tak meluncur keluar..paham ke tak eh ?? o,o"


ok lepas tu, fold campuran almond yang telah dikisar tadi dengan mixture white egg tu..fold sampai  adunan tu flow macam gambar kat atas ni..kiranya bila kita angkat spatula tu, dia likat macam itu..jangan overmixed sampai keras tau !

pastu masukkan kesemua adunan tadi tu ke dalam piping bag, lepas tu boleh terus pipe ke atas parchment paper tu @ baking sheet..selalunya adunan tu akan terus leper setelah di'pipe'kan ke atas baking sheet jadi ingat ye jangan pipe terlalu besar, about 2,5-3 cm (1 inch) dah mencukupi..


 lepas dah siap pipe sume, biarkan selama lebih kurang 60 minit untuk permukaan macarons tu keras..then, panaskan oven 150 celcius dan bakar selama 10-12minit..pastikan letak di tengah-tengah oven tau..masa minit ke 10 hingga 12 tu, tengok betul-betul keadaan macarons dalam oven tu sebab takut dia turn brown, so tak cantik..korang bole test picit permukaan macarons tu, kalu macam 'wobbles' bila ditekan maknanye tak ready lagi la tu..

ok, bila dah angkat biar macarons jadi sejuk sebelum tanggalkan dari baking sheets tu..ok, kalu proses nak tanggalkan tu jadi susah, bole masukkan kembali ke dalam oven sekejab..then, boleh la pipe inti macarons korang dengan flavor yang korang suke macam jem, buttercreams @ anything..


then serve la untuk diri sendiri dan orang tersayang..oh ya kalau nak lebih jelas boleh tengok video ini





selamat mencuba okay !!!!



sources : CakeJournal, Google dan Youtube

Friday, April 1, 2011

oh mekdi !

semalam hari last promosi mekdi free 2 big breakfast tu
aku pegi !
aku mane bole bende-bende free ni, laju jek !

sebab dah tau mesti ramai nak mampos manusia beratur
pukul 1 pagi lagik aku dah tunggu, dahsyat tak dahsyat
kan aku dah kata
bab bab makan ni jangan memain dengan aku
aku seriussssss !

sementara nak menungu time pukul 4 sharp
kitaorang sume duduk buat keja
kekonon ah buat keje padahal facebook
sementara duduk duduk mengadap laptop memasing tetiba copia post kat wall


dah tu kau bajet aku nak respon acane
mesti la aku duk lawan usha dengan copia
konfem gay, sebab dia tak pandang perempuan langsung doe !
dia tengok lelaki saje
ish ish ish tahi betul *sambil geleng kepala*

oh lupa nak cakap antara manusia yang mengikut projek aku semalam adalah






sementara nak menunggu tu sumpah bosan wei
tak kan la setiap masa aku nak tengok gay hensem tu
kang dia mai tampaq pipi aku satgi
tak comel la aku -.-'
dah tu aku nak buat ape lagik
trolololololo r sekali !
















teman lelaki aku ni memang gila sebab tu aku suka
tengok muka dia pun dah rasa nak gelak sampai kencing dalam kain
aku tak bole r romantik romantik ni
tak sesuai dengan jiwa aku
so, dia ni sesuai sama sama gila dan mereng malahan pula berpenyakit sawan 
tak apesal aku gigih sangat duk p describe dia nih???


sementara aku duk potong kupon - kupon ni *kau tengok betapa tamak haloba kitaorang*
ajarina pun tiba bersama teman lelaki nya 
takde plak gambar ajarina sebab tak snap gambar masa tu
maafla awak chup chup !

tepat pukul 4
aku terus pegi beratur
aku ingat aku yang terpaling awal
rupenya ade orang tua cina lagi awal duk beratur depan aku
ganas aunti ni, tak tidoq ke ape
time beratur tak bawak henpon so takde gambar jugak
tapi toksah cakap la memang tu diaa ramai gila wei
beratur sampai jalan besar kau nak cakap ape kan

15minit beratur baru dapat beli
memang puas hati sebab belambak-lambak makanan
bayar murah je hihihihi suka





pas makan semua orang kenyang
bila kenyang mata pun nak tutup r kan
terus kitaorang berangkat pulang
sampai umah terus tidor bangun pukul 1
sebab kelas pukul 2.30



tu je 
ok bai