Wednesday, March 30, 2011

breakfast mcd untuk orang tak berduit

jom serbu mcd pagi ini
sebab esok pagi (4-11 am) last day whoottt whhooooottttt



print kupon ni
black and white acceptable :)
you wiil get 2 free big breakfast with minimum rm5 purchase





selamat menjamu selera
bg sesape yang on diet, switch off la untuk pagi esokkk...:)





ok bai


pelajar cemerlang camni lah gayanyeee

pada suatu hari, aku bangun lambat
ekceli kelas start pukul 9 tapi aku bangun pukul 9.42
lepas tengok jam aku buntu buntu dan buntu lagik
tengok usah cakap la belambak kot mesej miscall sume cukup
dari kengkawan, nampak sangat kehadiran aku penting dalam kelas
wkwkwkwkwkwk





pastu aku sambung zzzzzzzzzzzzz semula !





pukul 11.30 baru bangun
pegi mandi, iron baju, mekap cket, celet minyak wangi setengah botol
pergi library 
eh pelajar cemerlang memang tempat sosial dia dekat library, kau ape tahu??

sampai library dalam pukul 2
masa tu tak ramai sangat pelajar, maybe time zohor kan
sambil masuk library mata melilau-lilau cari muka yang dikenali

pandang kiri pandang kanan zuupppp ternampak 1 kumpulan yang dikenali
kumpulan pelajar-pelajar cemerlang macam aku lah
pastu aku duduk duduk terus keluarkan kotak pensil n kertas 2 helai

"Pah, bak tang keje forecasting tu, nak tiru"










cemerlang kan aku ?????




ok bai !



Tuesday, March 29, 2011

hai, boleh berkenalan??

salam people :)

aku dah lama sangat x update belog, rasa macam eh aku ade belog
last time aku update nak ckp aku on diet
lepas tu terus __________________________ *kosong*

well, sepanjang jari jemari aku x menaip kt belog ni
macam-macam benda berlaku
ade yang happy yeay yeay trololololololo
ade yang tragis sampai tak leh nak gambarkan berapa baldi airmata aku

ekceli, aku ade banyak menda nak kongsi dengan korang semua tahu !
tapi bila aku taip-taip pastu bila takde idea aku g main mekap-mekap kejab, g berak kencing, pastu terus simpan jadi draft -.-'

oh ya, aku sekarang tengah bertungkus lumus menyiapkan segala 
kehendak pelajaran aku ni
aku nak grad bulan sapuloh ni, nak jugeeekk awal-awal naik pentas amik scroll 
takde la parents aku tu berpeloh-peloh tunggu bila anak diorang nak naik pentas
wuhuuuuuuuu !

baiklah harini memang tak de modal nak cakap ape
so, mari aku tunjukkan ape yang ada dalam bag aku yang hari-hari aku tanggung 24/7 -.-"
*nampak sangat takde idea*


1. Tote Bag MANGO yang dah mintak ditukar ganti 
2. Handphone merangkap nyawa !
3. Lip Balm yang kalu takde, tak rasa macam Lisa Surihani T_T
4. Concentrate Perfume, ni curik Zulfadzli punye sebab bau dia best hihihihi
5. Purse Country Hide hadiah semester 6 oleh encik teman lelaki (hahahahahah)
6. Botol Air budak-budak ni memang benda wajib dalam bag
7. Maybelline Eyeliner 8. SilkyGirl Mascara 9. Elianto BB Cream 
10. Homemade face primer (aloe vera gel + moisturizer + a bit foundation) best sesangat !!!!
11. Elianto Blusher 12. Kabuki Brush 13. Pixy compact 
* im using all cheap stuffs you see*
14. Wet tissue yang penting jugak kalau nak cuci muka sebelum solat kat surau
15. Keys  *lupa nak taruk kunci kereta sekali*

so that all !!!! hihihi

ok, sekarang ni nak cerita pasal ape pulekkkk eh ?????






Ya, baiklah mari cerita pasal HANDPHONE !!!
well, sape yang kat Malaysia ni takde handphone??????
memang noob kalau takde handphone sebab handphone dah menjadi benda yang wajib-harus-ada bagi seseorang manusia
even my 8 years lil' brother pun ada handphone yang kadang-kadang bila aku tengah duduk tengok muvie kat laptop dia hantar sms macam ini 'HAI KAK UJIE YANG GEMOK HANG BUAT APA TU???' <----- *standard ayat la budak baru pandai mengeja*
bila aku cube untuk menjadi kakak yang mithali, aku pun reply 'UJIE YANG SANGAT CANTIK INI TIDAK BUAT APA-APA, HAHAHAHA BOBOI INGAT HANG TU COMEL KE PERUT BOROI!!'
terus dia dah tak reply, tacing agaknya -.-"

aku memula dapat handphone masa aku darjah 5 or 6 aku pon tak ingat
masa tu boring dowh rakan-rakan sesosial mana ada pakai handphone lagik !
abah aku bagi handphone ini SIEMENS *gila epik*
time tu harga simkad rm68 gila ke hape !


aku guna handphone ni sampai aku tingkatan 2 kot !
masa aku tingkatan 2 tengah zaman-zaman handphone 33sekupang @ 3310
tapi untuk lebih nampak advance aku mintak kat mama aku 3315
masa tu aku lah juara sebab semua budak fuyooh fuyoohh kat aku (--,")


aku guna handphone ni lama jugak sebab dia ada bunyi ringtone doremon
bila dalam kelas tuisyen, aku saje-saje tak silent sebab aku tau nanti mesti abah aku call punya nak tanya balik tuisyen pukul berapa, tiap-tiap kali tuisyen mesti dia call
jadi bila bunyi ringtone doremon, semua budak akan pandang aku sambil gelak konon-konon comel la ringtone doremon, nampak tak publisiti murahan kat situ???
awal tingkatan 3 aku dah mula berjinak-jinak pakai 2 number, ntah ape motif aku pakai 2 number
yang aku ingat masa tu maxis buat promotion simkad rm20..aku yang tak sayang duit ni pegi beli simkad tu
lalu beli jugak handphone yang ini sebab dia screen colour dan polyponic ringtone -,-"



pastu tingkatan 3 dapat PMR 7A 1B *B aku agama tak ke sadis??*
parents aku buat kejutan dengan bagi aku handphone ni

perrgghhhh time tu handphone gila bab canggih seyhhh !!!!
sebab dia flip, masa tu mana ade lagi evolusi handphone flip ni, kiranya aku masa tu sangat bersyukur la i love u amma i love u appa laaaa
lagi satu kau tahu dulu kamera handphone bukan macam sekarang 14 megapixcel, dulu tak sampai 1MP pon
tapi lubang hidung tetap kembang beb !

pastu aku masuk MRSM yang peraturan tak boleh bawak handphone
tapi SUZIANA BINTI AHMAD TEMIZER ni bukan pelajar cemerlang
so dia bawak jugak handphone murahan yang dibeli hasil duit belanja sekolah

taraaaa!!!!handphone nokia butterfly
dulu masa time prep siap buat kotak la ape lah sebab nak curik-curik charge kat kelas
dalam bilik mane ade plug hoooiiiii, last-last kantoi jugeeeekkkk
setengah tahun handphone aku ni duduk dekat ustaz wkwkwkwkwkwkwk

bila nak masuk matrik, zaman fon slide plak keluar
memula aku tak tau pon handphone ni bole slide-slide
1 hari abah bawak balik handphone baru dia which is handphone ini lalu slide depan muka aku
aku tengok sambil tenganga dan terpegun
lantas aku guling-guling mintak handphone yang sama macam abah
keesokkan harinya abah bawak balik 1 lagi handphone yang sebijik untuk anaknya yang tersayang ini 
*mujur time tu adik-adik aku masih kecil, lalu tak de la adengan tarik muka masam*

well handphone slide memang tak tahan
aku punya la jakun dan bangga dapat handphone slide sampai kan main slide-slide sehari lebih kurang 2345676543234567kali
bila lalu depan orang ramai terus slide tak pasal-pasal kerana ingin menunjuk-nunjuk
sebab perangai yang macam haramjadah tu maka handphone tu selalu rosak getah dia
bila slide screen jadi putih, masa tu aku dekat matrik 
bila jadi macam tu hujung minggu mesti keluar outing betul kan handphone, sekali betulkan rm80
masuk kali ketiga rosak, aku bengang terus campak bersepai
pastu aku terus kua outing beli handphone baru guna duit elaun matrik 


handphone paling sayang lah sebab OMG suka!!!!!!
tapi aku kan ganas, main campak-campak je handphone
sayang macam mane pon nak campak jugak
so masuk 3 tahun pakai dia jadi calar balar sampai xnampak tulisan langsung kat screen tu huhahuha
semester 2 UTHM abah hadiahkan handphone baru sebab member dia jual handphone 
dia pun beli pastu dia tak reti guna terus bagi dekat aku
adik aku shahirah time tu dia tak sosial pon
so, dia macam tak heran bila aku dapat handphone ini


handphone ni best tapi sebab terlalu canggih dia jadi hang
bila hang aku terus nak jual balik tapi tak laku la model ni
jadi daripada aku jual baik aku guna walaupun terpaksa bermaki-makian
sebab dia asyikla nak hang 
pastu sebab tak tahan tengok aku memaki agaknya encik teman lelaki pun menghadiahkan handphone ini kepada saya
masa dapan handphone ni memang tak terkata apa la sebab dia putih dan cantik
macam OMG sucinyeeewwwww !!


tapi biasalah hati manusia tak pernah puas berikutan dengan peredaran zaman teknologi ni
tibala pula zaman qwerty-pad
aahhh nak handphone qwerty-pad la pulekkkkkk
maka seharian memujuk mama tersayang sebab masa tu mama je tak bagi hadiah besday aku lagik
pujuk punya pujuk last-last dapat la jugekkk Blackberry yang merupakan handphone aku masa kini
dulu masa dengar-dengar orang pakai belakberi ni rasa macam best sangat ke???
ape function handphone smartphone bla bla bla bla
tapi bila dah pakai memang puas hati la sebab nama pon sematfon mesti la SMART kan !


tengok letak gambar ibu ayah sebagai wallpaper tanda kerinduan yang teramat sangat
jadi apa yang aku buat dengan handphone aku ni sampai gelarkan dia sebagai nyawa !
amboi ayat ~

1. sebagai alat untuk menelefon mama abah dan adik-adik..aku memang hari-hari call mama n abah n adik-adik sebab aku rasa macam tak bole belah la kalau sehari tak sembang denga family aku, pastu 2 3 kali sehari jugak aku call family sebab ntah, maybe rindu koowwttttt !

2. sebagai alat untuk bermesej, disebabkan encik teman lelaki turut mempunyai belakberi, maka kitaorang BBM jela, free hihihi

*ni la BBM, ala mcam instant messaging jugek*

pastu gtalk dengan rakan-rakan sekelas juga 


3. email, sebagai pelajar email memang penting sebab nota-nota or any information semua melalui email..jadi kalau tak berhadapan dengan laptop , bole tengok melalui handphone :)


5. sebagai GPS, utuk orang-orang noob macam aku nak hafal route patbelaskali lau pun still tak ingat, GPS sangat la penting hokayyy


6. of coz sebagai alarm untuk kejut bangun pegi kelas pepagi


7. sebagai teman ketika berdiet dan bersenam

*ni everyday food diary aku, so hari-hari aku akan update berapa banyak kalori dan karbohidrat yang aku dah amek*

*dan ini teman exercise aku, so aku tau la aku dah jogging berapa km and berapa kalories lemak terbakar hihi*

8. sebagai alat bersosial (FB, tumBlr)



9. surf internet walaupun tak ada depan laptop


10. last but not least, untuk amik gambar sebab tak daya nak usung DLSR yang besar gedabak ni tauuu


ok itu saje, well handphone korang untuk apa pulak ????


ok baiii !!!!