Friday, June 10, 2011

keje ke keje laaaa !


salam people,



setiap hari aku akan bangun pagi-pagi dan mengemas katil *ehem* bila katil dah kemas baru la bole gosok gigi cuci muka korek hidung berak dan flush..erk ok lepas dah kemas katil sume aku akan iron baju kurung dan mandi mandi dan minum teh dan pegi kerja .. ok lagak macam bosan pula ayat yang aku taip ni 

baiklah, setiap hari aku akan kua rumah pukul 7.35 pagi, tak bole lambat tak bole cepat sebab aku dah kira kalau aku kuar umah time itu, sume trepik lite akan hijau, dan kadar kelajuan kereta aku haruslah 60km/j sahaja =.=


tapi kan bukan hari-hari aku bangun kul 6.30pagi dan bersiap dengan pantas nya, kadang-kadang bangun pukul 7 pagi lantas bila tengok jam rasa cemas, punch card pukul 8 pagi ok gila nak mampus panik panik sekarang, tapi setakat ini tak pernah lewat lagi lah, ehem maklumlah pekerja praktikal termasyur *tak salah sekali sekala bangga diri*


hari-hari aku pegi keje macam ni la rupenye, kekadang tu selekeh jugak la, dengan baju tak sempat nak gosok wakakaka, tapi takpe tetap kasut nak kena tinggi 3inchi dengan harapan dapat tutup pandangan orang terhadap baju berkedut aku tu *eh, ape kena mengena baju dengan kasut hah???'


nampak tak bangunan berlapis tu???tu la tempat praktikal aku, amacam sacary tak???kekekeke ! taiping ni bandar warisan, so bangunan pun kenala warisan, memang pattern bangunan lama tapi tetap ada lif  =.=

 
so kat sini, aku ditempatkan dekat bahagian OSC - one stop centre.. tugas bahagian aku ni adalah menerima pelan-pelan bangunan-bangunan di kawasan jajahan taiping, so keje aku kan sini adalah tukang tilik pelan-pelan tu pastu sediakan checklist, dan hantar kesemua pelan-pelan tu ke jabtan bangunan, perancang dan kejuruteraan..dengar macam out of course kan sebab aku kan pelajar pengurusan, ape cer duk tilik-tilik pelan, tapi bukannye aku kaji pelan satu-satu, tugas aku macam admin jugak la, uruskan pelan-pelan tu, dan pastikan pelan-pelan tu sampai ke jabatan-jabatan tertentu..

 
lepastu, aku kena key in semua permohonan pembinaan ke dalam portal, di mana setiap hari hampir 50 permohonan yang kene buat, mati tak mati tak ??? 


lepas isi dalam portal, aku kena filing kan kesemua cadangan tu dalam fail-fail yang berkenaan, kalau salah fail , jawab la dengan bos =.="


so, itu la sedikit sebanyak tugasan aku sepanjang praktikal ni, jadi pelajar praktikal kt MPT ni bagi aku fun fun la jugekk sebab leisure time sangat la banyak, sangat relax dan enjoy saje wuwuwuwu


hodoh sungguh gambar card aku, ke memang aku yang hodoh???hahahahah !


ni la meja aku, ehem memang la tak kemas, orang besar macam aku ni nanti adela yang tolong kemaskan, hahaha ok fine tak lawak


tengokla tugasan untuk hari ini, macam ni ke aku kata keje aku relax enjoy???hmmmphhhhhh !!!


everybody say hi to kawan baik aku, dia ni la yang selalu aku kene jumpa masa buat keje -..-'







semalam adalah hari yang horaayyy sebab bos kene pegi tournament sukan, jadi ape lagi marila kita bergembira lalalalalalalalala


my partner in crime, kitaorang pegi beli mask muka sebab sangat tension buat keje sampai muka pon rasa macam kayu saje (T_T)




lepas penat jenjalan kami pegi isi perut kami sebelum balik semula ke ofis sebab takut la jugak ada yang marah kalau balik lewat ke ofis walaupon bos takde









nom nom nom nom nom



on d way balik ofis nampak kereta ni, ape masalah owner keta ni ntah, dah macam jet pejuang aku tengok, mungkin dia jadi extra transformers kot (T_T)



dah la, nak pegi sambung buat, keje, ehem aku kan pekerja yang rajin, ehem aku keje ni free tau tak dapat elaun ehem kau nampak tak keikhlasan aku tuh*



k bai !

Monday, June 6, 2011

bila dah lama tak belajar

salam people :)


sejak aku dah mula praktikal ni, aku sangat-sangat rindu akan kehidupan aku masa belajar, masa dikelilingi kengkawan yang hura horaaaiiiii ohhhh AKU SANGAT RINDU !!!!!

bila kengkawan post kt wall aku cakap rindu-rindu hurmmm bergenang airmata weiiiii !!! dulu masa belajar sume benda buat dgn kengkawan. even nk pegi berak pon suh kawan2 teman sampai pintu toilet, sekarang ni sume benda kena buat sendirian, well aku bukan lah seorang yang independent sangat, faham sajalah nak pegi berak pon takut sorang-sorang -.-

semalam aku hantar adek aku balik kolej matrik gopeng, yes, adik aku akan teruskan legacy aku kt matrik tu, bila tengok budak-budak matrik sumpah rasa macam nak pegi belajar balik wei, bukan apa, bukan tak seronok bekerja namun begitu, rasa macam awkward sangat bila tiba-tiba setiap hari kena bangun pagi pegi mandi iron baju kurung pegi kerja, OMG plisshhh la aku tak ready lagi nak jadi dewasaaaaaa (T_T)

aku rindu sangat masa lepak-lepak mamak sampai pukul 4 5 pagi, petang-petang pegi ngeteh kt warung kopi, duduk library kekonon wat keje @ setadi, masuk lecture hall kekonon nak fokus tapi pegi buat taik mata, rindu kau tau rindu

bila aku tengok adik-adik aku yang baru terhegeh-hegeh nak baca buku bila esok nak exam, tersenyum sinis aku, sumpah diorang ni memang jadikan aku sebagai idola, well, as student setadi last minit baru thrill bro !

masa aku kat matrik, time tu ak baru nak kenal dunia, so takdela banyak sangat benda yg dapat di explore tapi zaman universiti sumpah aku rindu sangat ! 3 tahun sekejab je rasa macam 3 hari saje, so bagi sesiapa yang tengah belajar sekarang ni, manfaatkan lah masa tu dengan aktiviti-aktivi yang akan bagi memori kepada korang, masa tak bole diundur, tak guna menyesal nanti..


ok bye !

curik curik update

salam people,

dah 2 bulan aku x update kan?? maaflah sebab aku kan pekerja praktikal yang kalau ada anugerah THE MOST PROMISING PRACTICAL STUDENT nescaya aku la yang pegi terima anugerah tu..hurmmm sepanjang aku x update ni mak aiiii banyak betul dugaan cabaran yang aku hadapi, hurm hurm namun semuanya dapat di atasi dengan kesabaran..INGAT !!!! jangan putus berdoa jika berada dalam kegusaran @ kesusahan, kerana DIA pasti akan dengar..

 baiklah, nanti aku update psal tempat praktikal aku ye, sekarang ni bos dah panggil, daaaaa !



kat tempat keje la niiiii =)


Monday, April 4, 2011

hancur lumat

hancur 
hati aku hancur
sebab kecewa dengan kau
mana kau yang aku kenal dulu
yang manjakan aku macam princess
yang bawak aku jalan-jalan tengok lampu
yang sentiasa ceriakan hidup aku
yang jadi kekuatan aku masa aku jatuh
supaya aku dapat bangun semula sampai ke saat ni
yang sentiasa lebihkan aku dari segala benda
yang sentiasa fikir tentang aku
yang sentiasa tunjuk kasih sayang dekat aku
yang jadi tempat aku berkongsi cerita kisah suka duka aku
tempat aku mencurahkan semua idea gila aku


mana??? mana???


apa salah aku sampai kau seksa hidup aku sampai macam ni sekali
aku tak pernah susahkan kau
aku cuma nak bahgia je dengan kau
macam orang lain
kadang-kadang aku cemburu tengok kau bole ketawa riang dengan orang lain
bila dengan aku, aku hadap muka masam kau
dan panas baran kau
orang lain tak nampak sebab aku tak pernah tunjuk
aku malu, aku nak orang tengok kita hepy hepy je
aku nak orang jeles dengan kita sebab kita ni riang gembira seronok ulalalalala
tapi aku silap, disebabkan aku sentiasa pendam
aku jadi seorang yang tak kuat
tak kuat weiiii, aku jadi sangat lemah
airmata aku ni untuk kau lagi murah daripada harga cokelat 2 bijik seposen
sangat murah !

hati aku hancur
jiwa aku lumat
aku tak tau apa salah aku
aku cuma nak happy je dengan kau
tu saje .




Sunday, April 3, 2011

cara membuat macarons sendirik

salam semua

suka kan ini ???







tapi nak beli selalu poket tak berapa nak mampu???
jom kita buat sendirik :)

bahan-bahan yang kita perlukan


1. Strainer
2. Parchment paper
3. 100gram Almonds
4. 200gram Powdered sugar
5. 4 tablespoon Granulated sugar (45gram)
6. 100-110 gram Egg whites (lebih kurang 3 biji)
7. Bowls
8. Round tip
9. Piping bag
10. Spatula
11. Stand or hand mixer

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



baiklah, mula-mula kisar almond tu tadi dengan pengisar dan ayak untuk asingkan gumpalan yang tak diperlukan


campurkan powdered sugar bersama-sama almond yang telah dikisar tadi didalam sebuah bekas yang besar. kemudian, mix putih telur sampai kembang dengan mengunakan mixer, setelah putih telur mula foaming (macam buih sabun tu), masukkan granulated sugar sesudu demi sesudu dan mix sampai la dia jadi macam gambar di atas ni..oh ya, korang bole add pewarna yang korang suka semasa mixing ok..then nak tengok sampai bila nak kena mix ialah bila mixture tu jadi macam gambar di atas ni and bila korang pegang bowl tu dalam keadaan tebalik, mixture tu tak meluncur keluar..paham ke tak eh ?? o,o"


ok lepas tu, fold campuran almond yang telah dikisar tadi dengan mixture white egg tu..fold sampai  adunan tu flow macam gambar kat atas ni..kiranya bila kita angkat spatula tu, dia likat macam itu..jangan overmixed sampai keras tau !

pastu masukkan kesemua adunan tadi tu ke dalam piping bag, lepas tu boleh terus pipe ke atas parchment paper tu @ baking sheet..selalunya adunan tu akan terus leper setelah di'pipe'kan ke atas baking sheet jadi ingat ye jangan pipe terlalu besar, about 2,5-3 cm (1 inch) dah mencukupi..


 lepas dah siap pipe sume, biarkan selama lebih kurang 60 minit untuk permukaan macarons tu keras..then, panaskan oven 150 celcius dan bakar selama 10-12minit..pastikan letak di tengah-tengah oven tau..masa minit ke 10 hingga 12 tu, tengok betul-betul keadaan macarons dalam oven tu sebab takut dia turn brown, so tak cantik..korang bole test picit permukaan macarons tu, kalu macam 'wobbles' bila ditekan maknanye tak ready lagi la tu..

ok, bila dah angkat biar macarons jadi sejuk sebelum tanggalkan dari baking sheets tu..ok, kalu proses nak tanggalkan tu jadi susah, bole masukkan kembali ke dalam oven sekejab..then, boleh la pipe inti macarons korang dengan flavor yang korang suke macam jem, buttercreams @ anything..


then serve la untuk diri sendiri dan orang tersayang..oh ya kalau nak lebih jelas boleh tengok video ini





selamat mencuba okay !!!!



sources : CakeJournal, Google dan Youtube

Friday, April 1, 2011

oh mekdi !

semalam hari last promosi mekdi free 2 big breakfast tu
aku pegi !
aku mane bole bende-bende free ni, laju jek !

sebab dah tau mesti ramai nak mampos manusia beratur
pukul 1 pagi lagik aku dah tunggu, dahsyat tak dahsyat
kan aku dah kata
bab bab makan ni jangan memain dengan aku
aku seriussssss !

sementara nak menungu time pukul 4 sharp
kitaorang sume duduk buat keja
kekonon ah buat keje padahal facebook
sementara duduk duduk mengadap laptop memasing tetiba copia post kat wall


dah tu kau bajet aku nak respon acane
mesti la aku duk lawan usha dengan copia
konfem gay, sebab dia tak pandang perempuan langsung doe !
dia tengok lelaki saje
ish ish ish tahi betul *sambil geleng kepala*

oh lupa nak cakap antara manusia yang mengikut projek aku semalam adalah






sementara nak menunggu tu sumpah bosan wei
tak kan la setiap masa aku nak tengok gay hensem tu
kang dia mai tampaq pipi aku satgi
tak comel la aku -.-'
dah tu aku nak buat ape lagik
trolololololo r sekali !
















teman lelaki aku ni memang gila sebab tu aku suka
tengok muka dia pun dah rasa nak gelak sampai kencing dalam kain
aku tak bole r romantik romantik ni
tak sesuai dengan jiwa aku
so, dia ni sesuai sama sama gila dan mereng malahan pula berpenyakit sawan 
tak apesal aku gigih sangat duk p describe dia nih???


sementara aku duk potong kupon - kupon ni *kau tengok betapa tamak haloba kitaorang*
ajarina pun tiba bersama teman lelaki nya 
takde plak gambar ajarina sebab tak snap gambar masa tu
maafla awak chup chup !

tepat pukul 4
aku terus pegi beratur
aku ingat aku yang terpaling awal
rupenya ade orang tua cina lagi awal duk beratur depan aku
ganas aunti ni, tak tidoq ke ape
time beratur tak bawak henpon so takde gambar jugak
tapi toksah cakap la memang tu diaa ramai gila wei
beratur sampai jalan besar kau nak cakap ape kan

15minit beratur baru dapat beli
memang puas hati sebab belambak-lambak makanan
bayar murah je hihihihi suka





pas makan semua orang kenyang
bila kenyang mata pun nak tutup r kan
terus kitaorang berangkat pulang
sampai umah terus tidor bangun pukul 1
sebab kelas pukul 2.30



tu je 
ok bai